Ada orang panggil unit amanah.
Juga dipanggil amanah saham. Saham amanah.
Bahasa Inggerisnya di Malaysia kita panggil unit trust. Kalau orang Amerika, diorang sebut mutual fund.
Apa yang penting untuk kita faham adalah unit trust ini adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurus dana, yang mengutip duit orang ramai (pelabur) supaya syarikat dapat melaburkannya duit tersebut bagi pihak pelabur, menerusi ikatan amanah.
Ke Mana Duit Pelabur Dilaburkan?
Majoriti dana unit trust melabur dalam tiga instrumen kewangan utama:
- Saham (ekuiti)
- Bon / sukuk
- Money market
Jadi ada produk unit trust yang fokus utamanya adalah saham. Ada juga yang fokus kepada bon / sukuk. Ada juga yang fokus kepada money market. Tidak ketinggalan, yang melabur 50:50.
Ini bermakna, apabila kita kita beli unit trust yang berasaskan ekuiti, kita melabur dalam pasaran saham. Cuma yang tolong beli bagi pihak kita adalah fund manageryang bekerja di bawah fund management company.
Pelabur -> bagi duit kepada unit trust company -> fund manager beli saham
Macam Mana Pelabur Untung?
1. Situasi apabila saham yang fund manager beli ada bagi dividen, maka kita pun selalunya dapat juga melalui distribution.
2. Situasi apabila saham yang fund manager beli dah untung dari sudut harga, maka mereka pun jual. Untung tersebut syarikat salurkan melalui distribution.
3. Harga unit trust kita beli naik, kita kira-kira dah dapat untung. Tak perlu tunggudistribution. Kita dapat terus jual.
Nak Beli Macam Mana?
- Boleh beri secara online
- Beli melalui ejen
Di Malaysia, kebanyakan unit trust dapat dibeli dengan akaun 1, KWSP, selain dari modal tunai.
No comments:
Post a Comment