Sejak berkecimpung dalam bidang ini, masih ramai juga rupanya di luar sana yang masih tidak faham apa itu unit amanah. Walaupun telah dijelaskan oleh pihak-pihak tertentu, tetapi masih takut-takut untuk membuat pelaburan kerana sebenarnya kita tidak yakin dengan potensi pelaburan unit amanah itu sendiri. Kerana apa? Bukan kerana alasan tiada wang untuk melabur sebaliknya TIDAK FAHAM dengan sebenar-benarnya erti UNIT AMANAH itu sendiri serta ketidakfahaman itu telah membawa perasaan TIDAK YAKIN terhadap peluang yang telah ditawarkan kepada kita oleh perunding-perunding unit amanah yang ada di luar sana. Bagi para pelabur dan bakal-bakal pelabur yang masih ragu-ragu tentang skim ini jom check apa tu UNIT AMANAH. Mungkin salah satu sebab tak faham sebab bahasa dan definisi yang digunakan dalam internet seperti wikipedia terlalu sukar untuk difahami? Apa-apa pun jom check!
APA ITU UNIT AMANAH/UNIT TRUST?
Dalam bahasa Malaysia ianya dipanggil "amanah saham" tetapi lebih popular dengan gelaran "unit amanah" pada masa kini. Dalam bahasa Inggeris pula dipanggil "unit trust" ataupun "mutual fund" untuk sesetengah negara. Tapi di Malaysia lebih dikenali sebagai unit trust lah. Okeylah, seterusnya kepada definisi pula.
Dari segi definisi menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM): Skim unit amanah atau UTS(Unit Trust Scheme) merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama supaya mengumpulkan wang mereka dan kemudian wang tersebut dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.
Dalam bahasa mudahnya, pelabur akan laburkan wang mereka di bawah dana yang dipilih oleh mereka sendiri untuk tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan hasil pulangan daripada wang yang mereka laburkan itu. Wang yang mereka laburkan di dalam dana-dana terpilih itu pula akan diuruskan oleh orang-orang yang mahir dalam bidang pelaburan di bawah kelolaan Syarikat Pengurusan Unit Amanah atau dikenali dengan Unit Trust Management Company (UTMC).
Saturday, July 9, 2016
Apa itu Unit Trust?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment