Saturday, July 9, 2016

Apa itu Pelaburan Secara Kolektif?

 

KENAPA UNIT AMANAH DIKATAKAN PELABURAN SECARA KOLEKTIF?
"Skim pelaburan kolektif" adalah istilah umum yang merangkumi pelbagai jenis peluang pelaburan terkumpul yang tersedia untuk pelabur. Dalam skim pelaburan kolektif, sebilangan pelabur menyerahkan simpanan mereka kepada pengurus tabung profesional yang mengurus tabung kutipan untuk menghasilkan pulangan yang dapat dikongsi bersama oleh pelabur tersebut. Skim Unit Amanah (SUA) adalah satu jenis skim pelaburan kolektif.
Kalau masih tak faham, saya guna bahasa kasar sahaja. Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil UTMC (rujuk atas untuk istilah penuh). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur-pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan. Jadi jangan risau ke mana wang kita tu "berjalan". Dijamin selamat.
Dalam skim unit trust, pelabur-pelabur tidak membeli sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders).Pelabur-pelabur bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang diwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ‘surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit. 

Hubungi Unit Trust Consultant Nurul 013-5622874 

Apa itu Unit Trust?



Sejak berkecimpung dalam bidang ini, masih ramai juga rupanya di luar sana yang masih tidak faham apa itu unit amanah. Walaupun telah dijelaskan oleh pihak-pihak tertentu, tetapi masih takut-takut untuk membuat pelaburan kerana sebenarnya kita tidak yakin dengan potensi pelaburan unit amanah itu sendiri. Kerana apa? Bukan kerana alasan tiada wang untuk melabur sebaliknya TIDAK FAHAM dengan sebenar-benarnya erti UNIT AMANAH itu sendiri serta ketidakfahaman itu telah membawa perasaan TIDAK YAKIN terhadap peluang yang telah ditawarkan kepada kita oleh perunding-perunding unit amanah yang ada di luar sana. Bagi para pelabur dan bakal-bakal pelabur yang masih ragu-ragu tentang skim ini jom check apa tu UNIT AMANAH. Mungkin salah satu sebab tak faham sebab bahasa dan definisi yang digunakan dalam internet seperti wikipedia terlalu sukar untuk difahami? Apa-apa pun jom check!
APA ITU UNIT AMANAH/UNIT TRUST?
Dalam bahasa Malaysia ianya dipanggil "amanah saham" tetapi lebih popular dengan gelaran "unit amanah" pada masa kini. Dalam bahasa Inggeris pula dipanggil "unit trust" ataupun "mutual fund" untuk sesetengah negara. Tapi di Malaysia lebih dikenali sebagai unit trust lah. Okeylah, seterusnya kepada definisi pula.
Dari segi definisi menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM): Skim unit amanah atau UTS(Unit Trust Scheme) merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama supaya mengumpulkan wang mereka dan kemudian wang tersebut dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.
Dalam bahasa mudahnya, pelabur akan laburkan wang mereka di bawah dana yang dipilih oleh mereka sendiri untuk tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan hasil pulangan daripada wang yang mereka laburkan itu. Wang yang mereka laburkan di dalam dana-dana terpilih itu pula akan diuruskan oleh orang-orang yang mahir dalam bidang pelaburan di bawah kelolaan Syarikat Pengurusan Unit Amanah atau dikenali dengan Unit Trust Management Company (UTMC). 

Kenapa Perlu Melabur Dalam Unit Amanah?



MENGAPA PERLU MELABUR DALAM UNIT AMANAH?.

Setiap pelaburan semestinya mempunyai risiko yang tertentu, tetapi bergantung kepada jenis pelaburan dan tahap risikonya. Semakin tinggi risiko semakin tinggilah pulangannya. Tetapi itu bagi pelabur yang rajin dan mempunyai masa untuk menganalisis setiap stok yang ingin dilaburkan. Itu adalah cerita tentang saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia bukannya tentang unit amanah. Ia berlainan sekali.

.

Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value – NAV” per share. 

.

Satu unit dalam skim unit trust merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada jumlah perlaburan yang terkumpul. Jadi, apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) dimana portfolio tak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. Tak seperti dalam stocks, dimana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali urus-niaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urus-niaga. Jadi NAV sesuatu fund akan disebut-harga dan disiarkan di suratkhabar utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urus-niaga.

.

Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak invest secara langsung atau membeli stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis dan sebagainya, berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock? itu belum kira kos broker saham dan lain-lain lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock ni. Bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat.

.

 Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.

.

Unit amanah juga boleh dianggap sebagai tempat simpanan wang kita untuk jangka masa sederhana atau panjang dengan memperolehi keuntungan tertentu. Terpulang kepada matlamat si pelabur. Jika mahukan sejumlah wang tertentu di akhir tempoh yang dijangkakan, sudah pastilah memerlukan sejumlah wang tertentu untuk dilaburkan bagi mencapai jumlah wang yang dimahukan.

.

Dan ia merupakan satu pilihan yang bagus untuk memulakan perancangan kewangan anda untuk masa akan datang. Jika mahu memupuk sikap menabung mestilah memerlukan matlamat tersendiri. Mustahil jika mahu menyimpan untuk suka-suka tanpa sebab tertentu. Masyarakat zaman kini sudah hilang nilai menabungnya. Wang lebihan yang ada sudah pasti akan "dilaburkan" kepada barang-barang berjenama atau gadjet-gadjet terbaru yang ada di pasaran. Tidak salah untuk membeli tetapi perlulah mengikut keperluan dan keadaan ekonomi diri.

.

Hubungi Unit Trust Consultant Nurul 013-5622874