Apa sebenarnya Public Mutual ini? Begini, anda sebenarnya boleh sahaja untuk terus membeli saham saham syarikat di Malaysia yang anda mahukan. Anda boleh menjana keuntungan melaluinya. Saya pasti anda setuju dengan asas pelaburan iaitu anda melabur dengan tujuan untuk mendapat untung dan meningkatkan hasil dari pelaburan awal anda. Tiada siapa yang mahu rugi. TETAPI adakah anda tahu akan cara yang betul dan pasti yang anda boleh berjaya mendapat untung. Adakah anda pasti anda tidak akan rugi. Pelaburan ada untung pasti ada rugi.
Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah jika anda tiada ilmu di dalam mana mana prospek pelaburan, adakah apa yang anda buat itu betul? Boleh jadi anda bernasib baik anda mendapat untung. Tetapi pelaburan tanpa ilmu itu adalah sesuatu yang berisiko tinggi. Kalau anda telah belajar dan mempunyai ilmu pelaburan yang baik, maka silakan menguruskannya sendiri. Bagaimana jika anda tiada apa apa ilmu? Di sinilah terletaknya peranan Public Mutual ini untuk anda.
Pelaburan Mudah Dengan Public Mutual
Kenapa dengan Public Mutual? Antara tujuan penubuhan Public Mutual adalah dengan memberi anda peluang untuk melabur dengan cara membeli unit saham melalui Public Mutual sendiri. Maksudnya, anda membayar kepada Public Mutual dan pihak Public Mutual lah yang akan membuat kajian, selidik, mengkaji unit dana, prestasi dana dan sebagainya dan akhirnya membuat pelaburan dengan niat untuk meningkatkan keuntungan. Secara mudahnya, Public Mutual ini ibarat orang tengah yang berpengalaman dan professional yang membantu kita untuk membuat pelaburan dengan betul dan selamat. Kita perlukan pakar untuk menguruskan wang kita. SETUJU?
Buka Akaun Dan Pelaburan Minima Public Mutual
Untuk memulakan pelaburan melalui Public Mutual, anda dikehendakki membuka akaun dengan wang pelaburan sebanyak minima RM1000 (wajib). Dan selepas itu anda boleh dengan “rela” atau “paksa” untuk membuat pelaburan tambahan sebanyak minima RM100 sebulan. Apa makna rela dan paksa yang saya maksudkan. Rela bermaksud ikut suka anda bila masa anda mahu membuat pelaburan tambahan (minima RM100) pada mana mana bulan yang anda suka ibarat anda mahu menyimpan. Paksa pula bererti anda telah menandatangani perjanjian yang memestikan anda melabur minima RM100 setiap bulan. Rela dan paksa hanya term yang saya sendiri gunakan sahaja.
Risiko Pelaburan
Berbaloikah membuat pelaburan dengan Public Mutual? Kita mesti RELEVEN dan OBJEKTIF yang mana mana pelaburan pasti ada untung dan rugi. Perkara ini harus diterima kerana ianya adalah hakikat. Tetapi berdasarkan reputasi, pelaburan melalui Public Mutual adalah dari jenis risiko rendah “Low Risk”. Dengan kata lain, majoriti pelaburan adalah positif dan mencatatkan keuntungan. Yang berbeza adalah samada dividen yang anda terima itu tinggi atau rendah. Itu sahaja. Dividen berdasarkan track record mencatatkan keuntungan dividen sebanyak 9% – 12%.
Public Mutual Untuk Orang Islam
Adakah pelaburan melalui Public Mutual ini HALAL? Pelaburan melalui Public Mutual mempunyai 2 kategori dan sudah tentu salah satunya adalah “Syariah Compliant”. Dan sudah tentu ianya memberikan peluang buat individu yang beragama Islam untuk membuat pelaburan tanpa was was. Contoh pelaburan yang halal menerusi Public Mutual adalah seperti di atas ini. Ianya menunjukkan sebilangan syarikat terbesar di mana wang di laburkan. Jangan risau, maklumat pelaburan didedahkan supaya anda sendiri tahu dimana wang anda dilaburkan.
Bagaimana untuk memulakan pelaburan bersama Public Mutual? Anda seharusnya mencari agen dikawasan berdekatan dengan tempat anda untuk memudahkan urusan. Bagi anda yang tinggal di SARAWAK dan PUNCAK ALAM SELANGOR, saya adalah wakil Agen Public Mutual untuk menguruskan pendaftaran pelabur baru bagi kawasan ini. Tidak kisah samada anda ingin masuk terus atau hanya ingin mendapatkan maklumat terlebih dahulu tidak mengapa. Tiada paksaan kepada anda. Jika anda berminat, anda boleh menghubungi saya melalui 013-5622874 untuk temujanji masa dan tempat. Selamat melabur.
No comments:
Post a Comment