Wednesday, December 9, 2015

Fatwa Mengenai Hukum ASB dan ASN Adalah Maslahat

Saya agak terkejut dan menjadi keliru dengan berita yang disiarkan di akhbar-akhbar utama pada 3 Februari lalu mengenai hukum harus yang dijatuhkan ke atas pelaburan ASB dan ASN oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Berdasarkan kepada pembacaan saya di laman web Ustaz Zaharuddin sebelum ini, 37% dana PNB dilaburkan di kaunter-kaunter yang disahkan tidak halal kerana terlibat dengan unsur riba. Peratusan itu secara tidak langsung telah melebihi had yang digariskan dalam Islam iaitu 1/3 atau 33.33% bagi membolehkannya dianggap halal.
Apakah yang dimaksudkan dengan Maslahat? Ustaz Zaharuddin menjelaskan maksud Maslahat di dalam komennya terhadap isu fatwa ASB dan ASN ini seperti berikut:
Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato’ Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.
Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.
Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untuk membuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.
Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah “MASLAHAT”. Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar ‘Maslahat’ atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.
Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan ‘fiat money’ yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.
Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.
Jika dinyatakan “mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?”. Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan “Iqra’
Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.
Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..
Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan ‘modification’ yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi ‘harus’ atau ‘halal’ hanya bergantung kepada hujjah ‘MASLAHAT’ yang agak longgar.
Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat.
Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w kata :-
إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba’, 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)
Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-
أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Ertinya : “Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan” ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)
Sekian
3 Feb 2008
Sumber: Zaharuddin.net


Bukanlah niat saya menerbitkan post ini untuk mempersoalkan fatwa yang telah dikeluarkan, tetapi apa yang dapat saya ringkaskan di sini ialah apabila menyentuh kepada sesuatu yang kita tahu dan sedar telah jelas haram tidak halal tetapi hukum tetap menyatakannya halal maka seperti kata Ustaz Zaharuddin kini ia terpulang kepada masing-masing untuk membuat keputusan sendiri. Wang anda adalah hak anda, dan andalah yang penentu keberkatannya. Persetujuan PNB untuk menerima Majlis Penasihat Syariah di dalam pengurusan dananya adalah langkah yang paling bijak dan saya mengharapkan semoga pelaburan kita di dalam ASB dan ASN di masa depan akan lebih jelas halalnya. InsyaAllah.

Saturday, October 10, 2015

Apa sebenarnya Public Mutual ini?

Apa sebenarnya Public Mutual ini? Begini, anda sebenarnya boleh sahaja untuk terus membeli saham saham syarikat di Malaysia yang anda mahukan. Anda boleh menjana keuntungan melaluinya. Saya pasti anda setuju dengan asas pelaburan iaitu anda melabur dengan tujuan untuk mendapat untung dan meningkatkan hasil dari pelaburan awal anda. Tiada siapa yang mahu rugi. TETAPI adakah anda tahu akan cara yang betul dan pasti yang anda boleh berjaya mendapat untung. Adakah anda pasti anda tidak akan rugi. Pelaburan ada untung pasti ada rugi.
Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah jika anda tiada ilmu di dalam mana mana prospek pelaburan, adakah apa yang anda buat itu betul? Boleh jadi anda bernasib baik anda mendapat untung. Tetapi pelaburan tanpa ilmu itu adalah sesuatu yang berisiko tinggi. Kalau anda telah belajar dan mempunyai ilmu pelaburan yang baik, maka silakan menguruskannya sendiri. Bagaimana jika anda tiada apa apa ilmu? Di sinilah terletaknya peranan Public Mutual ini untuk anda.
Pelaburan Public Mutual Dari Public Ittikal Sequel Fund
Pelaburan Public Mutual Dari Public Ittikal Sequel Fund

Pelaburan Mudah Dengan Public Mutual

Kenapa dengan Public Mutual? Antara tujuan penubuhan Public Mutual adalah dengan memberi anda peluang untuk melabur dengan cara membeli unit saham melalui Public Mutual sendiri. Maksudnya, anda membayar kepada Public Mutual dan pihak Public Mutual lah yang akan membuat kajian, selidik, mengkaji unit dana, prestasi dana dan sebagainya dan akhirnya membuat pelaburan dengan niat untuk meningkatkan keuntungan. Secara mudahnya, Public Mutual ini ibarat orang tengah yang berpengalaman dan professional yang membantu kita untuk membuat pelaburan dengan betul dan selamat. Kita perlukan pakar untuk menguruskan wang kita. SETUJU?
Buka Akaun Dan Pelaburan Minima Public Mutual
Untuk memulakan pelaburan melalui Public Mutual, anda dikehendakki membuka akaun dengan wang pelaburan sebanyak minima RM1000 (wajib). Dan selepas itu anda boleh dengan “rela” atau “paksa” untuk membuat pelaburan tambahan sebanyak minima RM100 sebulan. Apa makna rela dan paksa yang saya maksudkan. Rela bermaksud ikut suka anda bila masa anda mahu membuat pelaburan tambahan (minima RM100) pada mana mana bulan yang anda suka ibarat anda mahu menyimpan. Paksa pula bererti anda telah menandatangani perjanjian yang memestikan anda melabur minima RM100 setiap bulan. Rela dan paksa hanya term yang saya sendiri gunakan sahaja.
Risiko Pelaburan
Berbaloikah membuat pelaburan dengan Public Mutual? Kita mesti RELEVEN dan OBJEKTIF yang mana mana pelaburan pasti ada untung dan rugi. Perkara ini harus diterima kerana ianya adalah hakikat. Tetapi berdasarkan reputasi, pelaburan melalui Public Mutual adalah dari jenis risiko rendah “Low Risk”. Dengan kata lain, majoriti pelaburan adalah positif dan mencatatkan keuntungan. Yang berbeza adalah samada dividen yang anda terima itu tinggi atau rendah. Itu sahaja. Dividen berdasarkan track record mencatatkan keuntungan dividen sebanyak 9% – 12%.
Public Ittikal Sequel Fund Top 5 Holdings
Public Ittikal Sequel Fund Top 5 Holdings
Public Mutual Untuk Orang Islam
Adakah pelaburan melalui Public Mutual ini HALAL? Pelaburan melalui Public Mutual mempunyai 2 kategori dan sudah tentu salah satunya adalah “Syariah Compliant”. Dan sudah tentu ianya memberikan peluang buat individu yang beragama Islam untuk membuat pelaburan tanpa was was. Contoh pelaburan yang halal menerusi Public Mutual adalah seperti di atas ini. Ianya menunjukkan sebilangan syarikat terbesar di mana wang di laburkan. Jangan risau, maklumat pelaburan didedahkan supaya anda sendiri tahu dimana wang anda dilaburkan.
Bagaimana untuk memulakan pelaburan bersama Public Mutual? Anda seharusnya mencari agen dikawasan berdekatan dengan tempat anda untuk memudahkan urusan. Bagi anda yang tinggal di SARAWAK dan PUNCAK ALAM SELANGOR, saya adalah wakil Agen Public Mutual untuk menguruskan pendaftaran pelabur baru bagi kawasan ini. Tidak kisah samada anda ingin masuk terus atau hanya ingin mendapatkan maklumat terlebih dahulu tidak mengapa. Tiada paksaan kepada anda. Jika anda berminat, anda boleh menghubungi saya melalui 013-5622874  untuk temujanji masa dan tempat. Selamat melabur.

Tuesday, September 1, 2015

Achieve financial freedom by Islamic way

"You have to put many,many,many tiny efforts that nobody sees or appreciates before you achieve anything worthwhile"
- Brian Tracy

Investing in Syariah-based unit trust funds may provide you with more options to achieve financial goals, whether it is to fund a child's education or for a comfortable retirement.

What is Shariah-based Unit trust?
-A form of Shariah-based collective investment scheme that allows investors the opportunity to invest in diversified portfolio of islamic capital market instruments. Public mutual's shariah based unit trust are managed by professional fund managers in accordance with shariah requirements.